Kesan-kesan pembentukan Persekutuan 1895 Persetiaan_Persekutuan_12_Jun_1895

  1. Residen Jeneral berkuasa dalam pentadbiran, urusan kewangan dan cukai eksport.
  2. Kerajaan pusat telah menubuhkan jabatan-jabatan yang diketuai pegawai-pegawai British. Antaranya ialah Jabatan Kehakiman, Jabatan Kewangan, Jabatan Perhubungan dan Perkhidmatan Awam.
  3. Penglibatan orang Melayu dalam jabatan-jabatan ini dihadkan oleh pihak British.
  4. Sultan dikehendaki menurut nasihat Residen Jeneral dalam semua hal kecuali hal yang berkaitan agama Islam dan adat Melayu.
  5. Kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri diambil alih oleh Residen Jeneral.
  6. Keadaan tersebut menimbulkan perasaan tidak puas hati sultan-sultan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
  • Sultan telah menyuarakan rasa tidak puas hati kepada pihak British. British telah bersetuju menubuhkan Durbar atau Persidangan Raja-raja Melayu pada tahun 1897 bagi mengatasi masalah ini. Ahli-ahli Durbar terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi, Raja-raja Melayu, Residen Jeneral dan empat orang Residen.

Durbar pertama telah diadakan di Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1897.

Durbar kedua diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1903. Dalam persidangan tersebut, sultan Perak iaitu Sultan Idris telah mengkritik pemusutan kuasa di tangan Residen Jeneral dan mendesak agar kuasa raja-raja Melayu dikembalikan.

  • Sultan Perak mendesak agar bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan ditambah dan dilantik ke jawatan yang lebih tinggi serta mengiktiraf bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi.

Kesan daripada desakan tersebut, pihak British telah menggantikan Durbar dengan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada tahun 1909. 

  1. Jawatan Residen Jeneral digantikan dengan Ketua Setiausaha.
  2. Kerajaan British juga bersetuju untuk menyerahkan semula kuasa mentadbir kepada Majlis Mesyuarat Negeri.